Assaalamualaikum
W.B.T and Hi!
Alhamdulillah,
smlm pok de koi (abg shapiq) ,Zur Shapiq telah selamat diijab kabulkan dengan
pasangannya kak lin, Shazlin Shafera pada pagi tadi. Alhamdulillah semuanya
berjalan dengan lancar dan didoakan smg kedua mempelai bahagia dunia akhirat.
Selamat pengantin baru!!!
Setelah
menghadiri majlis perkahwinan pok de saya semalam, tetibe saya terpanggil untuk
menulis dan berkongsi secara ringkas mengenai perkahwinan. So, topik blog kita
harini adalah الزواج
والنكاح في الإسلام yang
bermaksud konsep perkahwinan menurut islam. Topik ini sering dipandang remeh
oleh masyarakat walhal pada hakikatnya sangat
penting untuk kita mengetahuinya sama ada yang sudah berkahwin, yang
hendak berkahwin ataupun yang masih bujang. Bukan kate kalau kita ni yang masih
bujang ni tak perlu ambil tahu mengenainya. Tidak ye!! Sebaliknya kita perlu
dan wajib ambil tahu kerana ia melibatkan hukum hakam dan syariat islam!!
1. Definisi penikahan/perkahwinan
menurut islam
·
Asal usul perkataan nikah adalah berasal daripada
perkataan arab yang bermaksud berkumpul.
·
Maksud nikah dari segi istilah menurut sumber daripada
kitab al-wajiz fi fiqh ibadat wal munakahat yang telah diterbitkan oleh USIM
ialah العقد الذي يفيد حل
استمتاع كل من الزوجينباآخر على الوجه المشروع.
Ertinya, suatu akad
perjanjian yang menghalalkan istimta’ iaitu (bersenang-senang) antara suami
isteri dengan tuntutan yang ditentukan oleh syara’.
2. Dalil menurut
Al-Quran Dan As-Sunnah
·
Surah an-nisa’ ayat 3
· وَإِنْ
خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَىٰ فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ
النِّسَاءِ مَثْنَىٰ وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ ۖ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا
تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَلَّا
تَعُولُوا
Dan jika kamu takut
tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana
kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua,
tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka
(kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu
adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.
·
Ayat di atas “maka kahwinilah wanita-wanita yang kamu
senangi” bermaksud perintah untuk mengahwini wanita-wanita yang baik untuk
dijadikan pasangan hidup. Manakala ayat selepasnya itu pula merujuk kepada
kemampuan berkahwin lebih daripada satu iaitu hadnya sehingga 4 orang isteri. Peringatan kepada semua untuk membaca ayat Quran
tersebut sehingga habis, jangan baca sekerat je ye!! Berkahwin lebih
daripada satu itu adalah mengikut kemampuan dan situasi. Bukan hanya kemampuan
daripada segi wang ringgit sahaja bahkan kemampuan untuk berlaku adil antara
isteri-isteri. Akan tetapi jika tidak mampu berlaku adil maka kahwinilah
seorang sahaja.
·
Dalil daripada hadis nabi SAW
عن عبدالله بن مسعود ض. قال: قال لنا رسول
الله ص. : يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج, فإنه أغض للبصر واحصن للفرج
ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاءٌ.
Artinya:”Dari Abdullah bin Mas’ud r.a. ia berkata: Rasulullah SAW pernah
bersabda kepada kami: Hai para pemuda, barang siapa diantara kamu telah sanggup
untuk kawin maka hendaklah ia kawin maka kawin itu menghalangi pandangan
(kepada yang dilarang oleh agama) dan lebih menjaga kemaluan, dan barang siapa
tidak sanggup hendaklah ia berpuasa karena sesungguhnya puasa itu merupakan
tameng (perisai) baginya”
3. Tujuan nikah
·
Saya masih ingat lagi pesanan daripada lecturer fiqh
saya pada semester lepas iaitu Dr Najib, beliau mengatakan bahawa kita semua
khususnya remaja/ mahasiswa/budak-budak muda ini untuk tidak pasakkan dalam
minda kita bahawa kahwin ini hanya untuk istimta’ (bersenang-senang/berseronok)
semata-mata. Bahkan pada hakikatnya perkahwinan adalah suatu tanggungjawab yang
besar yang harus dipikul oleh mereka yang bergelar suami isteri.
·
Menurut islam , secara umumnya tujuan nikah adalah
seperti berikut:
.
1. Melaksanakan
perintah Allah سبحانه
وتعالى.
2. Mengikuti
sunah Rasulullah ﷺ .
3. Membina
rasa cinta dan kasih sayang.
4. Bagi
memperoleh keturunan yang sah.
5. Bagi
memperolehi kebahagiaan dan ketenangan hidup yang sakinah.
4. Hikmah nikah
·
Menjaga keturunan
·
Memelihara kesucian diri
·
Melaksanakan tuntutan syariat
·
Dapat mengeratkan silaturahim
·
Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab
·
Perzinaan, pelacuran, liwat dan maksiat dapat
dielakkan.
Alhamdulillah,
setakat ini dulu perkongsian kita. Jika ada yang tersalah mahupun yang tersilap
sepanjang saya menulis ini mohon diperbetulkan ye. Semoga post saya ini memberi
manfaat kepada semua. Terima kasih. Jumpa lagi di post2 yang akan datang. Sirru
ala barakatillah..
Assalamualaikum
and bye!!!