DUNIA SEMAKIN TENAT
Oleh : S.
N. Rozita Adawiyah Ahmad Rozi
Dunia,
Dahulunya
sentiasa tersenyum lebar,
Indah lagi
menawan,
Ia
diibaratkan sebuah pentas,
Yang
menghidupkan lakonan dan aksi yang hebat,
Yang
menampilkan watak-watak yang gah berbakat,
Yang menghasilkan
sebuah filem kehidupan yang sentiasa dijulang dan diangkat.
Tetapi kini,
Senyuman itu
kian layu,
Gara-gara
dunia semakin tenat,
Pentas yang
gah mulai usang,
Filem
kehidupan tidak lagi seindah dahulu.
Dunia
semakin tenat,
Dek kerana
watak-watak yang semakin lupa daratan,
Yang semakin
lupa adanya Tuhan,
Malah,
Sewenang-wenangnya
kaki memijak,
Sewenang-wenangnya
aurat ditayang,
Sewenang-wenangnya
mulut menuturkan bicara,
Mengumpat,
mencaci juga menghina.
Dunia
semakin tenat,
Watak
antagonis semakin melarat,
Budi pekerti
yang luhur sudah tidak lagi diingat,
Filem
kehidupan semakin gawat,
Dek kerana
akhlak manusia yang semakin cacat!
17:12
Isnin
16 Julai 2018
17:12
Isnin
16 Julai 2018
Performm!
ReplyDeleteAlhamdulillah. Sajak yg bgs seiring dgn kematangan diri.good job bb๐
ReplyDeleteAlhamdulillah. Sajak yg bgs seiring dgn kematangan diri.good job bb๐
ReplyDeleteAlhamdulillah ..Tq mama ๐๐๐๐
ReplyDeleteKak Hanaa lg performmmm๐
ReplyDeleteThis is so trueeeeee
ReplyDeletekan kak lala.. tq kak helping me create this blog and inspired me in writing poems..
ReplyDeleteHebat.. Makin bertambah kelebihan awak nje.. Emmak bangga:)
ReplyDeletealhamdulillah..terima kasih emmakk..
ReplyDelete