Judi
(judi), menjanjikan kemenangan
Judi (judi), menjanjikan kekayaan
Bohong (bohong), kalaupun kau menang
Itu awal dari kekalahan
Bohong (bohong), kalaupun kau kaya
Itu awal dari kemiskinan
Judi (judi), meracuni kehidupan
Judi (judi), meracuni keimanan
Pasti (pasti), karena perjudian
Orang malas dibuai harapan
Pasti (pasti), karena perjudian
Perdukunan ramai menyesatkan
Judi (judi), menjanjikan kekayaan
Bohong (bohong), kalaupun kau menang
Itu awal dari kekalahan
Bohong (bohong), kalaupun kau kaya
Itu awal dari kemiskinan
Judi (judi), meracuni kehidupan
Judi (judi), meracuni keimanan
Pasti (pasti), karena perjudian
Orang malas dibuai harapan
Pasti (pasti), karena perjudian
Perdukunan ramai menyesatkan
Assalamualaikum
semua. Maaf dah lama tak update blog. Hahaha. Okay, harini
kite nk mengupas bkn kupas bawang ye,tapi kupas tajuk judi menerusi lagu yang
sangat popular di Indonesia bertajuk judi. Berikut yang di atas td adalah bait-bait awal
daripada lagu tersebut yang telah dinyanyikan oleh penyanyi tersohor Negara
seberang itu iaitu Rhoma Irama. Sebenarnya
pertama kali saya mendengar lagu ini bukanlah drpd versi Lagenda tersebut
tetapi adalah drpd versi nyanyian dua orang penyanyi terkenal iaitu Soimah dan
Fildan. Saya tertarik kerana persembahannya yang mantap serta perubahan
arrangement muziknya yg sgt best dan lebih rock. Tetapi tidak kiralah siapapun
yang menyanyikan atau pon arrangement muzik yang bagaimana dipersembahkan, yang
penting adalah isi drpd lagu ini. Saya sgt tertarik dgn bait2 lagu nya yg
bercirikan islamik dan mengajar kita tentang bahaya judi. Content lagu ini juga
telah membuka mata dan juga pemikiran
saya untuk membaca, belajar dan mengkaji tajuk judi ini.
Okay,
kita mulakan dengan maksud judi. Judi dari segi hukum syarak yg disebut sbg
al-maysir itu adalah amalan mengundi nasib yang tidak ada sesuatu usaha pun di
dalamnya. Senang cerita, menang pun nasib dan kalah pun nasib. Malah, judi juga
termasuk suatu amalan yang tidak jelas bagaimana mendapatkan untung dan
ruginya. Yang jelas hanyalah amalan judi ini diharamkan di dalam Islam secara
qot’ei walaupun ia dikira sebagai hiburan semata-mata oleh sesetengah
orang. Padahal perbuatan judi ini hanyalah hiburan syaitan tanpa mereka
sedari. Seperti bait2 lagu judi tersebut, penjudi berasa sgt gembira apabila
mereka menang dan kaya pdhl hakikatnya itu adalah muqaddimah kpd kegagalan dan
kemiskinan sekaligus terjerumus dalam kolam dosa.
Menurut
pandangan Fuqaha’, judi dedifinasikan dengan “transaksi yang dilakukan oleh dua
belah pihak untuk pemilikan suatu barang yang menguntungkan satu pihak dan
merugikan pihak lain dengan cara mengaitkan transaksi tersebut dengan suatu
perkara atau peristiwa”.
Allah
telah berfirman dalam surah al-maidah ayat 90-91 mengenai pengharaman judi.
Firman
Allah Ta’ala:
Wahai
orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan
berhala, dan bertilik nasib dengan batang-batang anak panah, adalah perbuatan
keji dan termasuk perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu
menjauhi (perbuatan-perbuatan) itu agar kamu berjaya.
Ayat
seterusnya pula, Allah berfirman:
Sesungguhnya
Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan
kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan
kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan
sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan
perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?
Ayat
90 jelas membuktikan bahawa berjudi hukumnya adalah haram dan termasuk dlm
golongan perbuatan keji. Maksud “Berjaya” drpd ayat tersebut adalah orang-orang
yg x berjudi dan menjauhkan dirinya drpd berjudi adalah termasuk dlm golongan
org2 yg Berjaya.
Ayat
91 pula, Allah mengatakan bahawa tujuan syaitan mengajak manusia bermain judi,
minum arak dan menyembah berhala hanyalah untuk menipu kita, menimbulkan
permusuhan dan melalaikan manusia daripada mengingati Allah.
Sesungguhnya
judi ini adalah permainan syaitan dan syaitan akan senantiasa menghasut kita utk
melakukan perbuatan2 yg dilarang oleh allah. Sama seperti apa yang diungkapkan
dlm lagu judi
tersebut, “judi meracuni kehidupan, judi meracuni keimanan”.
Antara
contoh-contoh judi adalah seperti, permainan kad atau dikenali sebagai “daun
terup”, roulette, mesin judi, sport toto, sabung ayam, dan yang paling latest
dh ade permainan judi online.
Kesimpulannya, judi sgt2 berbahaya
dan haram hukumnya di sisi Islam. Pengaruh judi ini sgt2 la dahsyat. Dpt kite
ambil contoh drpd korus lagu judi ini yang berbunyi, “yang beriman bisa jadi
murtad, apa lagi yang awam, yang menang bisa menjadi jahat, apa lagi yang
kalah, yang kaya bisa jadi melarat, apa lagi yang miskin, yang senang bisa jadi
sengsara, apa lagi yang susah, wang judi najis tiada berkah”. Betapa teruknya
judi ni, klu org yang alim warok pon ade yg terpengaruh utk terjebak dlm judi, apa lagi klu org biasa2 je.
Lebih mudah terpengaruh utk berjudi. Dan begitu juga pada situasi-situasi yang
lainnya. Sungguh, wang drpd judi itu haram dan x berkat same sekali. La syakka
wa la raiba , dgn ini saya menyeru smg kite semua dpt menjauhkan diri drpd
judi. Dan smg pihak2 yg berkuasa juga dpt mengambil tindakan utk menutup pusat2
judi di Negara ini dan di seluruh dunia. Aamiin.
Sebelum saya akhiri post ini, sy nak
ucap kan tahniah n terima kasih kpd pencipta dan penyanyi lagu Judi ini kerana
liriknya yang sgt2 bagus dan secare x langsung mengajar dan menerangkan kpd
kita mengenai judi. Okay, saya akhiri post kali ini dgn pesanan dalam rangkap
terakhir lagu Judi ini. Sirru ala barokatillah dan Assalamualaikum.
“apapun nama dan bentuk judi,
Semuanya perbuatan keji,
Apapun nama dan bentuk judi,
Jangan lakukan dan jauhi.”
-22:10-
-29 Ogos 2018-
-Rabu-