Sunday, March 28, 2021

PUISI : SANG KIAMBANG MALANG

Tajuk     :              Sang Kiambang Malang

Oleh       :              Rozita Adawiyah

 

Apalah nasibmu sang kiambang malang,

Lebar kelopakmu indah menghiasi laman Sang Juragan,

Tetap jua kau dirungutnya,

Mekarmu tak diendah,

Layumu dibuang tanpa lengah,

Di hatinya cuma bertamu sang mawar merah,

Di matanya hanya punya bayangan orkid mewah,

Sedangkan taman tasik yang mengelilimu dibiarkan penuh sampah,

Apalah gunanya lagi kau merela tangannya merenggut seri hijaumu,

Jikalau kau tidak bisa jumpa ukiran namamu di sela kalbunya.

 

Rozita Adawiyah

Ahad, 21 Mac 2021

Sunday, March 21, 2021

PUISI/SAJAK : SUDAHKAH MERDEKA?

 Tajuk    : Sudahkah Merdeka?

Oleh      : Rozita Adawiyah

 


Gema lafaz keramat di dada langit,

Wajah angkasa yang kebiruan,

Bagai merestui hari istimewa itu,

Gamat suasana, riuh rendah,

Bersemangat menyambut kemenangan Tanah Melayu.

 

Betapa aku ingin menerobos masuk ke ruangan itu,

Menaiki roket mesin masa,

Menelusuri hari bersejarah bertarikh 31 Ogos 1957,

Di mana waktu itu makna kemerdekaan dihayati sepenuhnya,

Di mana waktu itu tali persaudaraan digenggam erat bersama tanpa kira warna kulit,

Di mana waktu itu kedaulatan tanah air dihargai dan disanjung tinggi di mata penghuninya.

 

Suasana itu terlalu berbeza di zaman kini,

Laungan keramat itu hanya didendangkan pada liriknya sahaja,

Bukan pada nilai maksudnya,

Bendera kemegahan dengan sengaja digantung songsang,

Adakalanya hanya dibiarkan lusuh di dalam gerobok lama,

Bahasa ibunda terus-terusan di anak tirikan,

Bahasa asing pula yang diagungkan bagai anak emas,

Agama Islam hanya pada identiti diri sahaja,

Tetapi tidak diamalkan secara syumul.

 

Aku semakin keliru, semakin sedih,

Mereka berkata Malaysia sudah Merdeka,

Tetapi mengapa aku masih lagi rasa seperti dijajah?


Rozita Adawiyah,

Isnin, 31 Ogos 2020

PUISI : SANG KIAMBANG MALANG

Tajuk     :               Sang Kiambang Malang Oleh        :               Rozita Adawiyah   Apalah nasibmu sang kiambang malang, Le...