Saturday, July 14, 2018

(الزواج والنكاح في الإسلام) Konsep Perkahwinan Menurut Islam


Assaalamualaikum W.B.T and Hi!

Alhamdulillah, smlm pok de koi (abg shapiq) ,Zur Shapiq telah selamat diijab kabulkan dengan pasangannya kak lin, Shazlin Shafera pada pagi tadi. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan didoakan smg kedua mempelai bahagia dunia akhirat. Selamat pengantin baru!!!

Setelah menghadiri majlis perkahwinan pok de saya semalam, tetibe saya terpanggil untuk menulis dan berkongsi secara ringkas mengenai perkahwinan. So, topik blog kita harini adalah الزواج والنكاح في الإسلام yang bermaksud konsep perkahwinan menurut islam. Topik ini sering dipandang remeh oleh masyarakat walhal pada hakikatnya sangat  penting untuk kita mengetahuinya sama ada yang sudah berkahwin, yang hendak berkahwin ataupun yang masih bujang. Bukan kate kalau kita ni yang masih bujang ni tak perlu ambil tahu mengenainya. Tidak ye!! Sebaliknya kita perlu dan wajib ambil tahu kerana ia melibatkan hukum hakam dan syariat islam!!

1.      Definisi penikahan/perkahwinan menurut islam

·         Asal usul perkataan nikah adalah berasal daripada perkataan arab yang bermaksud berkumpul.
·         Maksud nikah dari segi istilah menurut sumber daripada kitab al-wajiz fi fiqh ibadat wal munakahat yang telah diterbitkan oleh USIM ialah العقد الذي يفيد حل استمتاع كل من الزوجينباآخر على الوجه المشروع.
Ertinya, suatu akad perjanjian yang menghalalkan istimta’ iaitu (bersenang-senang) antara suami isteri dengan tuntutan yang ditentukan oleh syara’.

2.      Dalil menurut Al-Quran Dan As-Sunnah

·         Surah an-nisa’ ayat 3
·    وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَىٰ فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَىٰ وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ ۖ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَلَّا تَعُولُوا
Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.

·         Ayat di atas “maka kahwinilah wanita-wanita yang kamu senangi” bermaksud perintah untuk mengahwini wanita-wanita yang baik untuk dijadikan pasangan hidup. Manakala ayat selepasnya itu pula merujuk kepada kemampuan berkahwin lebih daripada satu iaitu hadnya sehingga 4 orang isteri.  Peringatan kepada semua untuk membaca ayat Quran tersebut sehingga habis, jangan baca sekerat je ye!! Berkahwin lebih daripada satu itu adalah mengikut kemampuan dan situasi. Bukan hanya kemampuan daripada segi wang ringgit sahaja bahkan kemampuan untuk berlaku adil antara isteri-isteri. Akan tetapi jika tidak mampu berlaku adil maka kahwinilah seorang sahaja.

·         Dalil daripada hadis nabi SAW
عن عبدالله بن مسعود ض. قال: قال لنا رسول الله ص. : يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج, فإنه أغض للبصر واحصن للفرج ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاءٌ.

Artinya:”Dari Abdullah bin Mas’ud r.a. ia berkata: Rasulullah SAW pernah bersabda kepada kami: Hai para pemuda, barang siapa diantara kamu telah sanggup untuk kawin maka hendaklah ia kawin maka kawin itu menghalangi pandangan (kepada yang dilarang oleh agama) dan lebih menjaga kemaluan, dan barang siapa tidak sanggup hendaklah ia berpuasa karena sesungguhnya puasa itu merupakan tameng (perisai) baginya”

3.      Tujuan nikah

·         Saya masih ingat lagi pesanan daripada lecturer fiqh saya pada semester lepas iaitu Dr Najib, beliau mengatakan bahawa kita semua khususnya remaja/ mahasiswa/budak-budak muda ini untuk tidak pasakkan dalam minda kita bahawa kahwin ini hanya untuk istimta’ (bersenang-senang/berseronok) semata-mata. Bahkan pada hakikatnya perkahwinan adalah suatu tanggungjawab yang besar yang harus dipikul oleh mereka yang bergelar suami isteri.

·         Menurut islam , secara umumnya tujuan nikah adalah seperti berikut:

.
1.      Melaksanakan perintah Allah سبحانه وتعالى.
2.      Mengikuti sunah Rasulullah  .
3.      Membina rasa cinta dan kasih sayang.
4.      Bagi memperoleh keturunan yang sah.
5.      Bagi memperolehi kebahagiaan dan ketenangan hidup yang sakinah.

4.      Hikmah nikah

·         Menjaga keturunan
·         Memelihara kesucian diri
·         Melaksanakan tuntutan syariat
·         Dapat mengeratkan silaturahim
·         Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab
·         Perzinaan, pelacuran, liwat dan maksiat dapat dielakkan.

Alhamdulillah, setakat ini dulu perkongsian kita. Jika ada yang tersalah mahupun yang tersilap sepanjang saya menulis ini mohon diperbetulkan ye. Semoga post saya ini memberi manfaat kepada semua. Terima kasih. Jumpa lagi di post2 yang akan datang. Sirru ala barakatillah..

Assalamualaikum and bye!!!

2 comments:

PUISI : SANG KIAMBANG MALANG

Tajuk     :               Sang Kiambang Malang Oleh        :               Rozita Adawiyah   Apalah nasibmu sang kiambang malang, Le...