PUISI ULANG
TAHUN UNTUKMU
Oleh : S. N.
Rozita Adawiyah Ahmad Rozi
Tika mentari muncul,
Tandanya malam sudah pun melabuhkan
tirai,
Sang suria melimpahkan cahayanya,
Mengucap selamat tinggal pada sang
purnama,
Tandanya dirimu tidak lagi terbuai dek
mimpi,
Kerana mimpimu bukan sekadar mimpi,
Anganmu jua impianmu kan menjadi
realiti,
Dengan izin Ilahi.
Ku menadah kedua tanganku,
Memanjat doa pada Rabbul Izzati,
Agar setiap impianmu,
Mudah untuk dirimu gapai,
Setimpal usaha,
Setimpal jerih lelah,
Setimpal tangis derai,
Sungguh dirimu insan hebat,
Inspirasi segenap masyarakat.
Jangan dilupa pesan ibumu,
Jangan ditinggal amanat ayahmu,
Kerana doa mereka yang dikau perlu,
Sebagai kompas kehidupanmu,
Menuju matlamat duniawimu,
Serta ukhrawimu.
Wahai gerangan yang dirindu,
Bait-bait puisi sudah pun ku tulis,
Hadiah istimewa di hari ulang
tahunmu,
Semoga bibirmu terus menguntum senyum,
Semoga jiwamu terus kuat dan kental,
Menabur bakti pada manusia sejagat.
Selamat Ulang Tahun Ustazah Noraizan Mohsin...
17:11pm
10 Disember 2018
Isnin
Masyaallah
ReplyDeleteJameel jiddan
Terharunya rozita syg... Jazakillah
Semoga beroleh kemudahan dlm menuntut ilmu
aamiin..sayang ustzh..
Delete