Friday, July 20, 2018

SAJAK : REALITI TAK SEINDAH MIMPI


REALITI TAK SEINDAH MIMPI
Oleh : S. N. Rozita Adawiyah Ahmad Rozi

Di suatu sudut,
Terlihat satu sosok tubuh kecil,
Sedang asyik melayan lamunannya,
Senyuman mekar indah terukir di wajah,
Dia terus lena dibuai mimpi indah.

Akan tetapi,
Terasa seperti dihempap batu besar,
Lamunannya terhenti serta merta,
Episod mimpi yang baru sahaja hendak bermula.
Kini hilang entah ke mana.

Tanpa disedari,
Kolam matanya sarat menakung air-air jernih,
Sedikit demi sedikit,
Ia gugur bagaikan hujan,
Membasahi pipi.

Kini,
Dia mulai sedar,
Mahu atau tidak,
Dia perlu berpijak di bumi yang nyata,
Mahu atau tidak,
Dia perlu kuat untuk meneruskan sisa-sisa hidupnya,
Mahu atau tidak,
Dia perlu menempuh segala rintangan yang ada.

Kerana,
Realiti tak seindah mimpi.

16:09
Jumaat
20 Julai 2018


Nota:
Saya mendapat ilham menulis puisi ini adalah daripada kisah pemerdagangan kanak-kanak dan juga isu gelandangan. Pada suatu ketika dulu kita dihangatkan dengan isu kanak-kanak yang diculik dan dipaksa meminta sedekah dari kereta ke kereta ataupun meminta sedekah di restoran. Hakikatnya, sampai sekarang masih lagi wujud isu ini. Kanak-kanak ini terpaksa melakukan perkara tersebut, kalau tidak mereka akan dijual kepada orang asing yang tidak dikenali untuk diambil organ-organ mereka. Mereka sentiasa hidup di dalam ketakutan dan kesedihan. Mimpi untuk hidup riang seperti kanak-kanak yang lain punah kerana terpaksa menghadap realiti yang penuh liku.

4 comments:

  1. Alhamdulillah.semoga Allah permudahkn segala usahamu.teruslah berkarya bb mama.aamiin.

    ReplyDelete
  2. Wah... Ada bakat berpuitis.. Teruskan habibati

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah ..In shaa Allah ma ..aamiin ..doakan ye..Tq mama😘😘

    ReplyDelete
  4. Tq ustazah ..in shaa Allah aamiin.. Doakan saya ye😘😘

    ReplyDelete

PUISI : SANG KIAMBANG MALANG

Tajuk     :               Sang Kiambang Malang Oleh        :               Rozita Adawiyah   Apalah nasibmu sang kiambang malang, Le...