REALITI
TAK SEINDAH MIMPI
Oleh : S.
N. Rozita Adawiyah Ahmad Rozi
Di suatu
sudut,
Terlihat
satu sosok tubuh kecil,
Sedang asyik
melayan lamunannya,
Senyuman
mekar indah terukir di wajah,
Dia terus
lena dibuai mimpi indah.
Akan tetapi,
Terasa
seperti dihempap batu besar,
Lamunannya
terhenti serta merta,
Episod mimpi
yang baru sahaja hendak bermula.
Kini hilang
entah ke mana.
Tanpa
disedari,
Kolam
matanya sarat menakung air-air jernih,
Sedikit demi
sedikit,
Ia gugur bagaikan
hujan,
Membasahi
pipi.
Kini,
Dia mulai
sedar,
Mahu atau
tidak,
Dia perlu
berpijak di bumi yang nyata,
Mahu atau
tidak,
Dia perlu
kuat untuk meneruskan sisa-sisa hidupnya,
Mahu atau
tidak,
Dia perlu
menempuh segala rintangan yang ada.
Kerana,
Realiti
tak seindah mimpi.
16:09
Jumaat
20 Julai
2018
Nota:
Saya
mendapat ilham menulis puisi ini adalah daripada kisah pemerdagangan
kanak-kanak dan juga isu gelandangan. Pada suatu ketika dulu kita dihangatkan
dengan isu kanak-kanak yang diculik dan dipaksa meminta sedekah dari kereta ke
kereta ataupun meminta sedekah di restoran. Hakikatnya, sampai sekarang masih
lagi wujud isu ini. Kanak-kanak ini terpaksa melakukan perkara tersebut, kalau
tidak mereka akan dijual kepada orang asing yang tidak dikenali untuk diambil
organ-organ mereka. Mereka sentiasa hidup di dalam ketakutan dan kesedihan.
Mimpi untuk hidup riang seperti kanak-kanak yang lain punah kerana terpaksa
menghadap realiti yang penuh liku.
Alhamdulillah.semoga Allah permudahkn segala usahamu.teruslah berkarya bb mama.aamiin.
ReplyDeleteWah... Ada bakat berpuitis.. Teruskan habibati
ReplyDeleteAlhamdulillah ..In shaa Allah ma ..aamiin ..doakan ye..Tq mama😘😘
ReplyDeleteTq ustazah ..in shaa Allah aamiin.. Doakan saya ye😘😘
ReplyDelete